Permohonan UPU 2018 Bagi Pelajar Lepasan SPM 2017

Akhirnya keputusan SPM 2017 sudah pun diumumkan. Bagi pelajar yang masih menunggu keputusan SPM sebelum mengisi permohonan UPU 2018, kini anda sudah boleh memohon kemasukan ke IPTA sesi akan datang.

Menurut laporan media, Gred Purata Nasional (GPN) tahun ini meningkat sebanyak 0.15 peratus.

Putrajaya mengungguli carta negeri terbaik SPM 2017 dengan GPN 3.74 peratus.

Manakala Negeri Sembilan pada tangga kedua (4.71) diikuti Pahang (4.77) dan Pulau Pinang (4.78).

Nilai gred GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Secara keseluruhannya sebanyak 66 peratus calon SPM 2017 menguasai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan baik.

Semakan SPM 2017 boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas SMS atau melalui sekolah masing-masing.

Semakan tidak boleh dibuat menerusi sistem analisis peperiksaan sekolah atau SAPS Ibu Bapa (Rujukan).

Permohonan UPU 2018

Untuk makluman, permohonan UPU 2018 sudah pun dibuka seawal 5 Februari lagi.

Tarikh tutup permohonan pada 18 April 2018.

Bagi calon lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke mana-mana universiti awam atau kolej kemahiran awam, pastikan anda mengisi UPU.

Nombor PIN UPU boleh dibeli di mana-mana cawangan BSN berhampiran anda.

Cara membuat permohonan UPU 2018 adalah seperti berikut:

  1. Beli nombor unik ID BSN pada harga RM15.64
  2. Pastikan kategori anda sama ada SPM atau STPM
  3. Layari portal rasmi UPU di upu.mohe.gov.my
  4. Semak syarat e-Panduan dengan teliti
  5. Isi permohonan online diĀ http://upu.mohe.gov.my/
  6. Pastikan anda mengisi setiap maklumat yang bertanda Star (*) dengan lengkap
  7. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan
  8. Isi sampai habis
  9. Klik sah dan hantar
  10. Cetak & simpan slip permohonan

Semoga perkongsian ini memudahkan adik-adik lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian.

Dan diharapkan SPM menjadi titik mula anda melangkah ke depan. Bukannya dijadikan alasan kegagalan.

Leave a Comment