Bantuan Khas Aidilfitri Sebulan Gaji Buat Penjawat Awam Selangor

Tak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Pastinya penjawat awam menantikan pengumuman bantuan khas Aidilfitri / bonus raya daripada kerajaan pusat & negeri.

Baru-baru ini dalam satu sidang media, Perdana Menteri telah pun mengumumkan bonus raya RM400 akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 41 dan ke bawah.

Manakala RM200 buat semua pesara kerajaan.

Hari ini MB Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji kepada 17,109 penjawat awam Selangor.

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri

Kerajaan pusat mula membayar bonus raya pada hari ini 5 Jun manakala kerajaan Selangor akan mengagihkan bantuan khas ini pada 25 Jun nanti.

Azmin turut mengumumkan 10 peratus daripada bantuan khas kewangan itu akan disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia dan ia hanya dikenakan kepada pegawai gred 44 ke atas.

“Sumbangan 10 peratus itu adalah atas semangat patriotik penjawat awam yang tidak mahu tertinggal dalam usaha murni untuk mengurangkan bebanan hutang negara yang ditinggalkan pentadbiran lama.

“Selain itu, kita juga akan memberikan saguhati sebanyak RM1,000 buat pertama kalinya kepada 755 kakitangan di tujuh jabatan Persekutuan negeri Selangor,” katanya.

Baca: Cara Memohon UPU 2018 Online

RM1,000 Buat Penjawat Awam Pulau Pinang

Di Pulau Pinang pula kerajaan negeri mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada sejumlah 3,600 penjawat awam negeri.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow memaklumkan pembayaran bonus raya ini akan dibuat pada Rabu depan dan melibatkan kos RM3.6 juta.

Diharapkan pemberian bonus ini sedikit sebanyak meringankan beban penjawat awam menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi.

Untuk semakan slip gaji online, anda boleh layari penyatagaji.com

Leave a Comment